Ada satu cerita yang berlaku di pasar ayam di Selayang. Peniaga ayam ini
nama dia Sudin. Dia jual ayam yang di beli dari beberapa tempat. Ada
pulak seorang pelanggan nama dia Hamidah. Dia ni pelanggan tetap ayam
Sudin.
Kak Midah ni dok meniaga nasi dekat kedai berhampiran. Jadi hari hari
lah dia beli ayam dari Sudin. Disebabkan dah setiap hari dok main dengan
ayam, sampai Kak Midah dah kenal jenis jenis ayam sebelum di sembelih.
Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah ialah ayam dari Bangi dan
ayam dari Perlis. Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi pilihan Kak
Midah. Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja. Kalau tak ada
lansung dia tak akan beli ayam lain.
Kelebihan yang ada pada Kak Midah ialah dia boleh kenal samada ayam tu
dari Bangi atau Perlis ialah dengan membelek punggung ayam tu. Selalunya
Sudin akan campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi
jenuhlah Kak Midah dok belek sekor sekor nak cari ayam Bangi atau ayam
Perlis.
Mula-mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah. Tapi lama-lama Sudin
dah mula boring. Sebab Kak Midah ni customer tetap Sudin pendam je
bengang dia. Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek
punggung ayam nak cari ayam Bangi. Habis semua ayam dibeleknya. tak ada
satu pun ayam Bangi atau ayam Perlis.
Jadi Kak Midah pun panggil Sudin dan tanya,
Kak Midah : Din ! ayam Bangi tak ada ke?.
Sudin : Tu ada dalam tu. (Yang sebenarnya tak ada sebab lori ayam Bangi
terbalik dekat Tanjung Malim)
Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah, semua ayam
dari tempat lain.
Sudin : Ayam Perlis ada. (Yang sebenarnya pun tak ada sebab lori rosak
dekat Nibong Tebal).
Kak Midah : Hang ni, Kak Midah kata tak dak, tak dak la. Hang ingat Kak
Midah tak kenai ke ayam-ayam tu. Bukan sehari dua Kak Midah dok main
dengan ayam.
Sudin : Kak Midah ni memang teror lah, punggong ayam pun dia boleh
kenal.
Kak Midah : Baru hang tau siapa Kak Midah. Pakar tengok punggong ayam.
(lalu blah sambil tersenyum walau pun tak dapat ayam hari itu)
Kemudian sampailah nak dekat Hari Raya.
Kak Midah macam biasalah nak belek punggong ayam. Sudin tengok Kak
Midah, bengang je rasa macam nak bertempik dekat Kak Midah sebab orang
terlalu ramai dan sesak pada masa tu. Kak Midah perasan yang Sudin
memang bengang kat dia. Sambil Sudin dok bersihkan ayam Kak Midah, Kak
Midah cuba ambil hati Sudin.
Kak Midah : Din ! Tak balik raya ke tahun ni.
Sudin : Tak!!! (Bengang)
Kak Midah : Famili ada kat sini ke?.
Sudin : Tak dak!!
Kak Midah : Habih tu raya dengan siapa? .
Sudin : Raya sorang-sorang.
Kak Midah : Kalau Din tak balik kampung mai lah rumah Kak Midah.
Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah.
Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din. Kampung
Din kat mana?
Sudin : (Diam)(Buat tak dengar)
Kak Midah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana .
Sudin : (Masih diam)(Tiba-tiba Sudin naik atas meja lalu membuka seluar
dan menonggeng ke arah Kak Midah sambil berkata......) Kalau Kak Midah
teror cuba Kak midah belek punggong saya dan teka saya berasal dari
mana? .
Kak Midah : (Ambil ayam dia dan terus blah)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment