MANUAL UTK MAT SALLEH CKP MELAYU
1. BELACAN = BELL - ARCH - UN
2. TEMPE = TEMP - AIR
3. CENCALUK = CHANGE - CHARGE- LOOK
4. JERING = JAR - INK
5. PULUT PANGGANG = PULL -OUT PUNK - GANG
6. AYAM PERCIK = ARE - ARM - PERT - CHECK
7. KUIH KODOK = COW - EIGHT COW - DOG
8. SIPUT SEDUT = SHIP - OUT SAD - OUT
9. PULUT KUNING = PULL - OUT CORN - INK
10. KUIH KARIPAP = COW - EIGHT CARRY - PUB
11. LEMPENG PISANG = LAMP - PINK PEACE - LUNG
12. PEKASAM = PEAK - A - SOME
13. GULAI KAMBING = GOALLY - COME - IN
14. SIRAP = SAY - RUBB
15. GULAI LEMAK = GOAL - LIE LAMP - MARK
16. CILI PADI = CHILD - LY - PADDY
Mat & Man Gila
Mat, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya. Beliau
lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas hospital. Tiba
di tepi pagar Mat lantas memanjat satu tiang lampu yang tinggi. Ketua
unit jaga yang mengawal hospital datang dan mengarahkan Mat turun, Mat
tidak mahu turun. Datang pula pengarah hospital, "Mat!! Turun Mat, nanti
jatuh", katanya. Mat tidak mahu turun juga.
Dipanggilnya pihak bomba, "Mat! Turun Mat, kalu tidak kami potong tiang
lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu- acukan gergaji
elektrik di pangkal tiang lampu itu. Namun Mat tidak bergerak pun untuk
turun.
Dipanggilnya pihak polis, "Mat turun Mat!" teriak seorang sarjan polis,
"kalau engkau tak turun nanti kami bom tiang ini dan engkau akan mati!!
Turun Mat!." Mat tidak turun-turun juga.
Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Man, seorang teman Mat
dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu. "Man! Harap-harap Man
boleh tolong turunkan Mat dari atas tiang lampu. Tolonglah Man ya!"
Jawab Man "Ohhh!!! Itu senang saja" Lalu Man dibawa kepada tiang lampu
itu.
Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Man!, Man nak pilih
alat yang mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu."
"Ahh! Man nak gergaji!"
"Baiklah! Ambillah gergaji itu."
Lalu Man mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang lampu
itu. Man pun berteriak, "Hoi Mat!!! Hang turun, kalau hang tak turun aku
tebang tiang lampu ni!! Hang turun lekas!!"
Mendengarkan amaran itu Mat yang berada hampir 3 jam di atas tiang itu
pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas hospital .
Pemberita pun datang menemubual Mat. "Kenapa Mat turun bila Man datang
sedangkan bomba dan polis datang Mat tak turun?"
Jawab Mat; "Polis ker bomba ka, depa tak akan buat! Tapi Man ni apabila
dia kata lagu tue dia akan buat sungguh sebab Man tue GILA!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment