Bahagian Pertama...
Lewat hari ini genaplah usia Qisya menginjak ke bulan yang kesepuluh. Terasa cepat masa berlalu hingga dalam sedar rupanya saya kini telah bergelar ibu. Nurqisya Syamimi...anak yang menumpang teduh di kantung rahim saya selama genap 9 bulan ini semakin cergas...cerdas...dan bijak kini..Merenung wajahnya yang ketika nukilan ini saya karang, sedang lena dibuai mimpi...terimbau kenangan awal waktu dia hadir dalam hidup saya dan suami.....Tanggal 26 Jun 2007 memberi seribu erti kepada saya dan suami tercinta. Setelah usia perkahwinan kami menginjak ke tahun yang kedua dan pelbagai 'usikan nakal' dari mereka yang dianggap 'teman' kami telan, hari itu menguburkan segala tomahan dan tekanan. Syukur...'waktu merah' yang berulang dua kali selang seminggu pada bulan itu, yang pada mulanya membuatkan saya gusar (kerana ditakuti merupakan fasa awal kanser rahim...katenyer) rupa-rupanya membawa petanda yang baik dan rezeki yang tidak ternilai harganya kepada kami suami isteri. Mujur, kata-kata seorang kawan mengenai pangalamannya mengandungkan anak sulung membuka hati saya untuk membuat ujian kehamilan. Terjerit kecil saya bila alat sepanjang jengkal menunjukkan dua garis kemerahan selang 1 minit selepas saya titiskan air kumbahan pertama saya pada pagi itu. Alhamdulillah yang tidak terhingga kepada Ya Rahim yang mendengar dan memakbulkan doa yang tidak putus dari kami.
Sesungguhnya, hanya Dia lah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...Hari-hari yang dilalui selepas itu, kami lewati dengan kesyukuran dan kegembiraan yang tidak terhingga. Hampir dua bulan selepas itu, saya mula mengalami alahan 'pembawaan' kandungan. Dan bulan Ramadan pada tahun itu menyaksikan saya yang tumpas dengan keadaan tanpa dapat mengerjakan walau sehari pun ibadah puasa yang sesungguhnya dituntut dalam Islam. Terasa kerugian yang tidak terhingga namun saya terpaksa akur pabila perut mula pedih dan menolak segala isi kandungannya menjelang jam 11 pagi setiap hari. Syukur...keadaan beransur pulih (walaupun masih bersisa dengan muntah yang mengiringi gosok gigi saya setiap pagi) menjelang Syawal itu. Dan seterusnya saya kembali 'pulih' dan aktif seperti biasa sepenuhnya lewat kandungan menginjak bulan yang ke enam....
Sesungguhnya, hanya Dia lah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...Hari-hari yang dilalui selepas itu, kami lewati dengan kesyukuran dan kegembiraan yang tidak terhingga. Hampir dua bulan selepas itu, saya mula mengalami alahan 'pembawaan' kandungan. Dan bulan Ramadan pada tahun itu menyaksikan saya yang tumpas dengan keadaan tanpa dapat mengerjakan walau sehari pun ibadah puasa yang sesungguhnya dituntut dalam Islam. Terasa kerugian yang tidak terhingga namun saya terpaksa akur pabila perut mula pedih dan menolak segala isi kandungannya menjelang jam 11 pagi setiap hari. Syukur...keadaan beransur pulih (walaupun masih bersisa dengan muntah yang mengiringi gosok gigi saya setiap pagi) menjelang Syawal itu. Dan seterusnya saya kembali 'pulih' dan aktif seperti biasa sepenuhnya lewat kandungan menginjak bulan yang ke enam....-bersambung-
No comments:
Post a Comment